Tuesday, February 15, 2011

bertukar lagi...





12 Februari 2011, untuk kali ke duanyer...seat kete satria kuning ini bertukar. dari yang biasa ke sport ...owner kete bising nak jugak pakai seat sport ni...walaupun time tu dah pukul 5.00 petang...disebabkan yang lain ader kerja yang perlu dibereskan so, tuan punya bengkel yang seatle kan sbb owner kete ni nak cepat...so kerja bermula dengan membuka seat yang lama...nasib baik tapaknyer sama...so keje jadi mudah sikit. So kalau ader sesapa yang berhajat nak tukar seat lama ke baru...(seat bawak sendiri, coz dekat shah auto belum lagi menjual seat sport) tak tahu mana nak pegi.....datanglah ke bengkel Shah Auto... Anda akan dilayan secepat yang mungkin..Utk owner kereta Satria...puas hati dapat seat RECARO....lagi lajulah dia bawak kereta lepas ni.....

Tuesday, February 8, 2011

WELCOME TO SHAH AUTO GARAGE

SHAH AUTO GARAGE adalah sebuah pusat pembaikan kereta yang terletak di NO.68, JALAN SEMENTA JAYA, 41200 KLANG, SELANGOR.  Mempunyai pangalaman dalam pembaikan pelbagai jenis kenderaan biasa dan mewah. Sebelum adanya SHAH AUTO GARAGE, bengkel ini telah membaiki kenderaan secara persendirian di KG. KUANTAN, KLANG selama 10 tahun dan kini berpindah di bengkel yang dimiliki penuh oleh SHAH AUTO GARAGE.
Mempunyai pengalaman luas dalam pembaikan kereta, motor dan jentera ringan. Mempunyai foreman yang berpengalaman dan sijil yang diiktiraf.  Bengkel ini juga mampu mengendalikan 3-4 kereta dalam 1 hari.
Kami berusaha untuk meningkatkan prestasi kami, menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran kami selaras dengan perkembangansan sains dan teknologi, membawa masuk professionalisme serta mengamalkan konsep baru serta mesin moden untuk memenuhi permintaan pelanggan. Jurumekanik kami yang berdedikasi, berpengalaman, bertanggungjawab akan berkhidmat untuk anda. Pegangan kami ialah “Kepuasan pelanggan adalah penting dalam perniagaan kami” . Wawasan kami adalah untuk menjadikan SHAH AUTO GARAGE SDN BHD sebagai salah satu perkhidmatan kereta terbaik di Negara ini, serta menjadi agensi utama pelbagai kumpulan Antarabangsa untuk memasarkan produk mereka.



PENGARAH
SHAH AUTO GARAGE.

Tuesday, February 1, 2011

Testing bLog,,,

Hai..testing new blog for SHAH AUTO GARAGE...
See you in the next>>and next>>and next...blog okey!!